Bapa Dan Tiga Anak Di Universiti

Sebelum ini, saya selalu mengeluh. Harga minyak naik, barang-barang mahal, duit sekolah anak-anak lagi. Mana nak korek duit. Saya tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
Tapi, bila saya melihat seorang pengemis, membuatkan saya tersedar.

Saya teringat pula satu kisah serupa berlaku semasa saya masih menuntut di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Suatu hari, saya sedang keluar dari kolej selepas habis kuliah. Tiba di satu persimpangan, saya lihat seorang pengemis lelaki tua, dalam lingkungan umur 50.an, sedang duduk meminta sedekah.

Muka pengemis itu berkedut dan berdaki. Rambutnya kusut. Perutnya leper. Tangannya terketar-ketar. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada setiap pengemis yang sering berkeliaran di kawasan itu dan terus berlalu pergi.

Tapi entah kenapa, hari itu hati saya tergerak untuk menegur pengemis tua tersebut. Mungkin hari itu, mood saya tengah baik dan saya juga tiada sebarang urusan penting. Lalu, saya menghampiri pengemis yang berpakaian compang-camping dan badannya berbau tengik itu. Saya ambil peluang berbual-bual dengannya.

Saya : Sudah lama mengemis, pak cik ?
Pengemis: Ya... lama, lebih kurang 18tahun yang lalu, nak.
Saya: Wah, sudah lama juga ya pak cik... sehari biasanya dapat berapa pak cik ?
Pengemis: Kalau orang rasa kasihan, adalah rezeki pak cik, nak. Biasanya dari pukul 8.00 pagi sampai 8.00 malam dapat RM30 sehari.
Saya: Banyak juga ya pak cik ? 
Pengemis: Bolehlah nak, untuk keluarga... anak-anak nak kena bagi makan. ( Air mata pengemis itu mula berguguran).
Saya: Ohhhh... pak cik ada keluarga. Di mana mereka sekarang ?
Pengemis: Isteri pak cik meninggal dunia dah lama (lama terdiam, sambil menyapu air mata). Anak pak cik pula semuanya ada tiga orang. Tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua, dekat Universiti Malaya dan yang ketiga, dekat Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi nuuun !
Saya: Wahh! Hebat-hebat keluarga pak cik ni... boleh tahan juga yerrr otak mereka. Walaupun pak cik orang susah, anak-anak semua berjaya.
Pengemis: (Tersenyum) Biasalah nak. Mereka sendiri yang usaha. Pak cik ajar sikit-sikit je. Mereka pandai sendiri nak hidup nak oi. Kalau malas, susahlah... Anak pun pandai, sekolah kat sini ke ?
Saya: (Membalas senyuman...) Ya, Pak cik, kat kolej sinilah. So, anak pak cik tu semuanya masih belajarlah ye ?













*Scroll Ke Bawah Untuk Jawapannya*









Pengemis: Tak, arrrrrr... tiga-tiga anak pak cik tu... arrrrrr... semuanya mengemis macam pak cik... Dia orang kata duduk mengemis dekat universiti tu banyak sikit incomenya. Pasal budak-budak U ni dapat biasiswa, dapat duit PTPTN. Budak U ni pemurah nak oi ! Lagi-lagi, kalau dekat-dekat nak exam. Selalu bersedekah kat anak-anak pak cik. Setakat dua tiga ratus sehari tu biasalah !
Saya: WTF?! #$@^^&#%$#%^#

2 comments: